Friday, December 24, 2010

25122010

happy birthday my dear...
it was me...hahaha

suka duka aku sepanjang 22 tahun mengenali hidup...
masih lg ingin mencapai sesuatu yang agak jauh dengan aku...akan ku cuba capai impian...

aku ingin melihat matahari terbenam~
aku ingin mengelilingi dunia~
dan aku ingin melihat bumi dari atas~

mampukah aku melakukan semua itu sebelum tiba penamat garisan hidupku??

ya ALLAH...
kau ampuni dosa-dosa ku sepanjang 22 tahun aku diberikan nyawa...
kau berikanlah aku hidayah dan pertunjuk ke arah jalanmu...
kau permudahkan lah segala urusan aku...
kau jauhkanlah aku dari segala musibah...
ya ALLAH...
sesungguhnya aku terlalu hina disisimu...
bantu lah aku dalam mencari keredhaanmu...

amin...




Thursday, December 9, 2010

aku inginkan nya...dengan bantuan pemimpinku...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Saturday, December 4, 2010

hari-hari istimewa

hari istimewa bersama yang tersayang...tapi x pernah kesampaian utk bersama...
.....................................................................................................................................................

semoga dia sentiasa bahagia bersama mereka

Thursday, December 2, 2010

keikhlasan

kata orang keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang bewarna hitam...
kata orang keiklasan itu xpernah nampak...
kata orang keikhlasan itu jarang disedari...
dan kata aku keikhlasan itu terpulang pada diri sendiri...dan DIA yang menilainya...

ikhlas kah aku dalam hidup aku??
ikhlas kah aku untuk mereka??
ikhlas kah aku menerima??
ikhlas kah aku memberi??
ikhlas kah aku demi DIA??
ikhlas kah aku kerana cinta??

kadang-kadang perit bila ingatkan budi yang kita berikan disalah ertikan dan tidak dihargai...tapi dengan keikhlasan apa nak dikisahkan...sakit memanglah sakit tapi akan ku lupakan semua ini demi keikhlasan...semoga DIA membantu aku demi keikhlasan aku...

kadang-kadang bukan nak mengungkit tapi nak menyedarkan tentang apa yang pernah kita hulurkan padanya...bukan hendak dibayar atau dibalas...cukuplah sekadar menghargai...

kadang-kadang mulut tersalah bicara tapi hati mudah untuk memaafkan...memang lumrah manusia tiada yang sempurna lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati semua pihak...

kadang-kadang marah itu tanda sayang bukan niat untuk membenci...sudah menjadi rempah kehidupan bila ada rasa marah...cemburu...suka...duka...dan aku hanya manusia biasa yang tidak mampu mengawal semua itu...

semoga aku sentiasa ikhlas demi DIA yang maha ESA...amin~

Wednesday, December 1, 2010

datang dan pergi

sering kali berlaku dalam hidup kita 'datang dan pergi'...xkisah la ape pun yang datang pasti akan pergi jua nanti...orang kata kawan itu datang dan pergi...dimana kita berada pasti kita akan mempunyai kawan dan apabila kita akan menemui kawan baru apabila kita pergi ke tempat yang baru...begitu juga cinta...masih adakah lagi cinta sejati seperti romeo n juliet yang bersatu hingga ke akhir hayat...masih adakah lelaki seperti shah jehan yang membina mahligai indah untuk mumtaz demi melambangkan cinta??hurm atau cinta berubah mengikut zaman...zaman kini cinta lahir dari alam maya...dari sms...freindster...facebook...or macam-macam lagi la penghubung antara dunia ni...so cinta yang lahir itu tidak kuat...cinta itu mungkin bersifat sementara...andainya jatuh cinta dengan suaranya yang merdu dan bila ada suara yang lebih merdu maka cinta itu akan beralih...

hurmzzz CINTA bagi aku??
bagi aku pasangan itu masing-masing mempunyai pro n kontra...masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan...
aku ingin menyintai kelemahannya mcm lirik lagu indon...hahaha
betul kata-kata dalam lirik tu...kalau kita menyintainya kerana suara yang merdu maka cinta kita xkan kukuh...jika kita menyintainya kerana kecantikkannya maka kecantikkan itu akan pudar...so bagi aku lebih baik menyintai kekurangannya kerana kekurangan itu akan sempurna jika bergabungan dengan pasangannya...

cinta datang dan pergi...
semoga terus setia menyemai cinta

Tuesday, November 30, 2010

...untukmu...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Tuesday, July 27, 2010

...aku dan kamu...

irama dan lagu...
kadang-kadang mulut tak mampu mengukap apa yang hati ingin katakan...bicaraku kaku...jiwaku menjerit tp tiada kata yang mampu aku luahkan...biarkan lukisan yang berbicara...biarkan nada mengalunkan...biarkan lagu yang menyampaikan...segala yang aku pendamkan...atau biarkan saja ianya menjadi rahsia hati...kata-kata yang tidak terluah sangat sakit untuk disimpan...tapi bukan semua kata-kata itu difahami maksudnya...jika ada yang tersalah faham rosak binasalah sesuatu...tak sanggup untuk kehilangan sesuatu yang aku miliki...lebih baik biarkan ia menjadi rahsia hati...

wahai kau bintangku...pinjamkan aku cahayamu kerana aku terlalu malap untuk bercahaya...aku tenggelam dek sinar sang suria yang sangat terang...aku hanya mampu memantulkan cahaya dari suria untuk menerangi malam...dan kau bintangku yang sentiasa menemani aku...janganlah kau pergi tinggalkan aku...sungguhnya aku perlukan kamu....




kau bintang yang ku puja...

Saturday, July 24, 2010

...kehidupan...


banyak jalan yang terbentang dihadapanku sehingga aku sendiri buntu untuk memilih arah yang mana...masing-masing mempunyai liku laluan yang tersendiri...dan aku mulai melangkah hingga ke salah satu jalan yang aku sendiri memilihnya...likunya aku lalui dengan ketawa kemudian aku menanggis...aku mendaki ke puncak yang paling tinggi dan aku terjatuh jauh dibawah...mereka hanya mampu melihat...dari jalan yang berbeza...memandang dari pelbagai sudut...ada yang ketawa akan kejatuhan aku...mungkin mereka fikir itu sesuatu yang kelakar apabila melihat kejatuhan orang...ada yang ingin membantu tetapi tidak kesampaian...ada juga yang mampu bersimpati...

aku bangkit untuk mendaki lagi...pengalaman jatuh membuatkan aku lebih berhati-hati dalam pengdakian...bekalan yang aku bawa untuk ke puncak semakin berat...kadang-kadang aku tak mampu untuk terus memikul tapi ianya HARUS...aku rela dalam paksa...masa yang berlalu membuatkan aku semakin rasi dengan jalan ini...jauh lg untuk aku tiba dan jalan ini banyak liku dan cabang yang kadang-kadang aku keliru...aku keseorangan tapi semangat aku banyak...mereka yang berikan aku semangat itu...

sepanjang perjalanan aku...aku lihat macam-macam...ada yang jauh lg susah dari aku...ada yang mudah semudah-mudahnya...kadang-kadang aku irihati dengan yang mudah tapi kemudahan membawa aku kelalaian...kepayahan menjadi panduan aku...

cerita kehidupan tidak pernah sama...tidak akan ada yang sama...ini adalah cerita aku...topeng aku...hidup aku...bukan engkau...bukan dia...bukan mereka...tapi AKU


Thursday, April 1, 2010

muka sama hijau hati siapa tahu

hati...
seketul daging yang sangat-sangat jujur...dikategori pelbagai warna mengikut level kesucian niat seseorang...hati aku warna apa ya??aku sendiri pun xtau...hati aku dinilai oleh mereka yang mengenali aku...mungkin mereka meletakkan pelbagai warna pada hati aku mengikut kebaikkan dan kejahatan yang pernah aku buat...andai aku dapat baca hati seseorang tu alangkah seronoknya...hahaha senang...da tau hati dia busuk xpayah kawan...hahahahaha...

satu kebaikkan yang menyentuh hati aku...
sesorang pernah berkata "jika kita berbuat baik pada orang sakit, pasti dia akan ingat jasa kita sampai mati" dan itu telah berlaku pada aku...aku akan sentiasa mengingati dia walau dia sendiri tidak tahu...biarlah itu menjadi rahsia hati aku...terima kasih dariku yang tidak pernah aku ucapkan secara nyata...aku sentiasa mendoakan dirimu...itu saja yang mampu aku lakukan dari jauh...

dia adalah rahsia aku...
muka sama hijau hati siapa tahu...
thanks...