Friday, December 24, 2010

25122010

happy birthday my dear...
it was me...hahaha

suka duka aku sepanjang 22 tahun mengenali hidup...
masih lg ingin mencapai sesuatu yang agak jauh dengan aku...akan ku cuba capai impian...

aku ingin melihat matahari terbenam~
aku ingin mengelilingi dunia~
dan aku ingin melihat bumi dari atas~

mampukah aku melakukan semua itu sebelum tiba penamat garisan hidupku??

ya ALLAH...
kau ampuni dosa-dosa ku sepanjang 22 tahun aku diberikan nyawa...
kau berikanlah aku hidayah dan pertunjuk ke arah jalanmu...
kau permudahkan lah segala urusan aku...
kau jauhkanlah aku dari segala musibah...
ya ALLAH...
sesungguhnya aku terlalu hina disisimu...
bantu lah aku dalam mencari keredhaanmu...

amin...




Thursday, December 9, 2010

aku inginkan nya...dengan bantuan pemimpinku...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Saturday, December 4, 2010

hari-hari istimewa

hari istimewa bersama yang tersayang...tapi x pernah kesampaian utk bersama...
.....................................................................................................................................................

semoga dia sentiasa bahagia bersama mereka

Thursday, December 2, 2010

keikhlasan

kata orang keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang bewarna hitam...
kata orang keiklasan itu xpernah nampak...
kata orang keikhlasan itu jarang disedari...
dan kata aku keikhlasan itu terpulang pada diri sendiri...dan DIA yang menilainya...

ikhlas kah aku dalam hidup aku??
ikhlas kah aku untuk mereka??
ikhlas kah aku menerima??
ikhlas kah aku memberi??
ikhlas kah aku demi DIA??
ikhlas kah aku kerana cinta??

kadang-kadang perit bila ingatkan budi yang kita berikan disalah ertikan dan tidak dihargai...tapi dengan keikhlasan apa nak dikisahkan...sakit memanglah sakit tapi akan ku lupakan semua ini demi keikhlasan...semoga DIA membantu aku demi keikhlasan aku...

kadang-kadang bukan nak mengungkit tapi nak menyedarkan tentang apa yang pernah kita hulurkan padanya...bukan hendak dibayar atau dibalas...cukuplah sekadar menghargai...

kadang-kadang mulut tersalah bicara tapi hati mudah untuk memaafkan...memang lumrah manusia tiada yang sempurna lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati semua pihak...

kadang-kadang marah itu tanda sayang bukan niat untuk membenci...sudah menjadi rempah kehidupan bila ada rasa marah...cemburu...suka...duka...dan aku hanya manusia biasa yang tidak mampu mengawal semua itu...

semoga aku sentiasa ikhlas demi DIA yang maha ESA...amin~

Wednesday, December 1, 2010

datang dan pergi

sering kali berlaku dalam hidup kita 'datang dan pergi'...xkisah la ape pun yang datang pasti akan pergi jua nanti...orang kata kawan itu datang dan pergi...dimana kita berada pasti kita akan mempunyai kawan dan apabila kita akan menemui kawan baru apabila kita pergi ke tempat yang baru...begitu juga cinta...masih adakah lagi cinta sejati seperti romeo n juliet yang bersatu hingga ke akhir hayat...masih adakah lelaki seperti shah jehan yang membina mahligai indah untuk mumtaz demi melambangkan cinta??hurm atau cinta berubah mengikut zaman...zaman kini cinta lahir dari alam maya...dari sms...freindster...facebook...or macam-macam lagi la penghubung antara dunia ni...so cinta yang lahir itu tidak kuat...cinta itu mungkin bersifat sementara...andainya jatuh cinta dengan suaranya yang merdu dan bila ada suara yang lebih merdu maka cinta itu akan beralih...

hurmzzz CINTA bagi aku??
bagi aku pasangan itu masing-masing mempunyai pro n kontra...masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan...
aku ingin menyintai kelemahannya mcm lirik lagu indon...hahaha
betul kata-kata dalam lirik tu...kalau kita menyintainya kerana suara yang merdu maka cinta kita xkan kukuh...jika kita menyintainya kerana kecantikkannya maka kecantikkan itu akan pudar...so bagi aku lebih baik menyintai kekurangannya kerana kekurangan itu akan sempurna jika bergabungan dengan pasangannya...

cinta datang dan pergi...
semoga terus setia menyemai cinta