Thursday, December 2, 2010

keikhlasan

kata orang keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang bewarna hitam...
kata orang keiklasan itu xpernah nampak...
kata orang keikhlasan itu jarang disedari...
dan kata aku keikhlasan itu terpulang pada diri sendiri...dan DIA yang menilainya...

ikhlas kah aku dalam hidup aku??
ikhlas kah aku untuk mereka??
ikhlas kah aku menerima??
ikhlas kah aku memberi??
ikhlas kah aku demi DIA??
ikhlas kah aku kerana cinta??

kadang-kadang perit bila ingatkan budi yang kita berikan disalah ertikan dan tidak dihargai...tapi dengan keikhlasan apa nak dikisahkan...sakit memanglah sakit tapi akan ku lupakan semua ini demi keikhlasan...semoga DIA membantu aku demi keikhlasan aku...

kadang-kadang bukan nak mengungkit tapi nak menyedarkan tentang apa yang pernah kita hulurkan padanya...bukan hendak dibayar atau dibalas...cukuplah sekadar menghargai...

kadang-kadang mulut tersalah bicara tapi hati mudah untuk memaafkan...memang lumrah manusia tiada yang sempurna lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati semua pihak...

kadang-kadang marah itu tanda sayang bukan niat untuk membenci...sudah menjadi rempah kehidupan bila ada rasa marah...cemburu...suka...duka...dan aku hanya manusia biasa yang tidak mampu mengawal semua itu...

semoga aku sentiasa ikhlas demi DIA yang maha ESA...amin~

No comments:

Post a Comment